About us
S Sepakat Driving Centre Sdn Bhd (Taiping, Perak)
S Sepakat Driving Centre Sdn Bhd ini terletak berhampiran dengan kawasan pelancongan Bukit Larut, Zoo Taiping dan Taman Tasik Taiping. Institut ini ditubuhkan pada 22hb November 1987. Menurut kelulusan pendaftaran syarikat no rujukan permit S Sepakat Driving Centre Sdn Bhd adalah 1107797-A, sebelum tertubuhnya institut ini,ia dikenali sebagai nama Syarikat Sepakat Sekolah Memandu Malaysia Berhad dan Institut Latihan Memandu Sepakat Malaysia Berhad. Pada 1hb Mei 2022 baru lah ditukar nama kepada S Sepakat Driving Centre Sdn Bhd.
LATAR BELAKANG
S Sepakat Driving Centre Sdn Bhd adalah cabang perniagaan dari Persekutuan Pengajar-Pengajar Memandu dari Malaysia, dimana keseluruhan ahli-ahli persatuan telah bersetuju untuk menubuhkan S Sepakat Driving Centre Sdn Bhd.
Tujuan utama penubuhan institut adalah seperti berikut :
a) Menjadikan pengajaran memandu salahsatu daripada Iktisas (To Regard Driving Instruction As A Profession)
b) Meningkatkan taraf pengajaran memandu di negara ini.
c) Melatih pelajar-pelajar memandu dengan mahir,bertanggungjawab dan bersopan-santun.
d) Mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.
MATLAMAT
I. Memberikan sepenuh perhatian kepada pelajar-pelajar ketika mengendalikan kursus-kursus dengan pengetahuan undang-undang lalulintas dan kemahiran memandu,punca-punca terjadinya kemalangan serta lain-lain lagi.
KEMUDAHAN ASAS
Buat masa sekarang komplek Institut Latihan Memandu Sepakat Malaysia Berhad bertaraf sementara.Untuk membina bangunan kekal masih dalam pembinaan. Walaubagaimanapun,keseluruhan kemudahan asas telah pun di sediakan dan digunakan seperti :- Litar latihan memandu untuk semua kelas kenderaan seperti kelas D (kereta), B,B2 (motosikal), E (Lori) serta litar untuk kelas kenderaan berat (PSV dan GDL).
- Pejabat pentadbiran seperti Kaunter Pendaftaran calon, bilik tempahan ataupun Latihan Komputer dan lain-lain.
- Dewan-dewan ceramah untuk KPP, Teori Kereta dan Motosikal, GDL, PSV dan Konduktor.
- Tempat menunggu untuk calon-calon yang mengambil ujian.
- Kantin
- Surau
- Tandas Awam
- Lampu isyarat untuk laluan latihan dan ujian.
- Pengangkutan untuk pergi dan balik.